Jom lawan kuman!

in Bisnes by


PENERAJU industri farmaseutikal, Mundipharma bersama syarikat rangkaian penjual barangan penjagaan diri Watsons melancarkan produk penjagaan diri terbaharu, Betadine Natural Defence.


Betadine Natural Defence didatangkan dengan tiga rangkaian produk penjagaan diri iaitu mandian badan, sabun cuci tangan dan ‘hand sanitizer’.


Bebas daripada lapan bahan kimia tidak diingini, Betadine dicipta daripada bahan-bahan semula jadi seperti madu manuka, delima dan minyak teh hijau bagi memastikan pengguna mencapai tahap kebersihan diri setiap hari tanpa kompromi.


Kesemua produk ini bebas lapan bahan kimia tidak diingini antaranya sodium lauryl sulfate (SLS), methylisothiazolinone (MIT), parabens, triclosan, triclocarbon, formaldehyde, dioxane dan butylated hydroxytoluene (BHT).


Pengarah Unit Perniagaan, Penjagaan Kesihatan Pelanggan, Amy Zheng berkata, Betadine yang diiktiraf sebagai jenama global dalam memerangi kuman dan jangkitan serta dipercayai lebih daripada 60 tahun.  “Sebagai produk penjagaan diri yang bebas dari bahan kimia tidak diingini, Betadine menjadi pilihan orang ramai yang mahukan produk penjagaan kebersihan diri harian untuk diri sendiri dan keluarga tetapi tidak mahu berkompromi dengan kualiti.


“Pada pelancaran ini, Malaysia menjadi negara kedua selepas Betadine mendapat maklum balas positif di Thailand,” katanya pada majlis pelancaran Betadine.


Sementara itu, Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, pihaknya sentiasa mendidik pelanggan mengenai kesan yang boleh diterima sekiranya menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia tertentu.


“Melalui kerjasama dengan Betadine, ia memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk mendapatkan produk penjagaan diri yang lebih baik,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]