Kuota haji Malaysia masih sama

in Nasional by


PUTRAJAYA – Kuota haji Malaysia pada setiap tahun masih sama dan bukan disebabkan politik.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, sebenarnya kuota haji itu lebih kurang 30,000 orang pada setiap tahun.


Menurutnya, apa yang berlaku pada tahun lepas terdapat kuota tambahan disebabkan populasi negara.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Kuota haji kekal 30,200 orang ]


Beliau berkata demikian dalam Sidang Media sempena Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2017 dan Graduasi Felo Muda Dakwah (FMD) Sesi 7 dan 8, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Bora Ombak, Putrajaya hari ini.


Seramai 60 orang pelajar menerima sijil tamat Felo Muda Dakwah (FMD) Sesi 7 dan 8 yang disampaikan Fuziah.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]