Murid Tahun 5 maut dihempap pokok

in Edisi by


KUALA KRAU – Seorang murid perempuan Tahun 5 maut selepas dihempap dahan pokok ketika menaiki motosikal bersama rakannya akibat kejadian hujan ribut dan angin kencang di Felda Jenderak Selatan, Kuala Krau, petang semalam.


Mangsa, Nur Damia Hannah Kamarudin, 11, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 malam tadi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.


Manakala, rakan mangsa, Nur Nabila Natasya Mizan, 12, cedera parah.


Kedua-duanya adalah murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Jenderak Selatan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Zundin Mahmood, ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.40 petang semalam, dua sahabat itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri menghadiri jamuan Aidilfitri.


Menurutnya ketika di lokasi berdekatan Balai Polis Kuala Krau, sebatang pokok tumbang akibat angin ribut kuat lalu menghempap kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal di laluan tersebut.


Jelasnya, orang awam yang melalui laluan sama kemudian cuba menyelamatkan mangsa dan membawa mereka ke hospital.


Katanya, Nur Damia yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan.


Dalam pada itu, Nur Nabila Natasya yang dipercayai mempunyai kecederaan dalaman dimasukkan ke unit rawatan rapi untuk rawatan lanjut.


Zundin juga menolak sebarang unsur jenayah berkaitan insiden tersebut.

 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]