WhatsApp janji tangani mesej palsu di India

in Global by


NEW DELHI – INDIA . WhatsApp berkata semalam, ia ‘terkejut’ dengan beberapa insiden pembunuhan di India berpunca daripada khabar angin palsu yang dikongsi dalam platformnya.


Lebih 20 orang terbunuh di India dalam tempoh dua bulan lalu, disebabkan khabar angin di telefon pintar mengenai penculik kanak-kanak, pencuri dan pemangsa seksual.


Serangan biasanya menyasarkan orang luar, menyebabkan pihak berkuasa bergelut melancarkan tindakan berkesan, dengan kempen kesedaran dan amaran awam yang memiliki kesan terhad.


Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat lewat kelmarin menyatakan ‘bantahan tegas’ terhadap pengurusan kanan WhatsApp berhubung ‘mesej tidak bertanggungjawab dan mencetuskan huru-hara.’


“Kerajaan juga menyampaikan dengan jelas bahawa WhatsApp perlu mengambil tindakan segera menamatkan ancaman ini,” katanya.


Dalam sepucuk surat kepada kerajaan India, WhatsApp berkata, ia ‘sangat peduli terhadap keselamatan rakyat’ dan mengambil langkah menghalang penyebaran berita palsu dan penipuan.’


WhatsApp kini bekerjasama dengan penyelidik di India bagi memperkenalkan perubahan yang akan mengurangkan penyebaran mesej tidak dikehendaki. – AFP


 


 


Source: SH Global

[featured-video-plus]