1MDB: Riza Aziz sambung beri keterangan

in Nasional by


PUTRAJAYA – Anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz kali ke empat hadir memberi keterangan berhubung penyelewengan dana syarikat pelaburan kontroversi 1MDB.


Riza yang menaiki kereta Audi hitam itu dilihat memasuki pekarangan ibu Pejabat SPRM jam 9.45 pagi.


Difahamkan, peguamnya Datuk K Kumaraendran telah tiba terlebih dahulu.


[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB: Anak tiri Najib dipanggil SPRM esok]


Riza,41, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Red Granite Pictures, yang didakwa menerbitkan  filem lucah The Wolf Of Wall Street menggunakan wang yang diselewengkan daripada 1MDB.


Pada 19 November 2012, Riza dilapor membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York.


Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza hartanah tersebut dilengkapi dengan tujuh bilik bernilai RM110 juta.


Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]