20 pegawai kanan polis bertukar

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis (CP) Datuk Asri Yusoff dan Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, CP Datuk Zamri Yahya adalah antara 20 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam pertukaran jawatan.


Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad, dalam satu kenyataan malam ini, berkata semua pertukaran itu berkuat kuasa 6 Ogos ini.


Mendahului senarai adalah Asri yang bertukar jawatan sebagai Pengarah Pengurusan Bukit  Aman manakala Zamri mengisi kekosongan jawatan Asri sebelumnya.


Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Datuk Mohd Roze Shaari akan bertukar jawatan ke Timbalan  Pengarah Forensik/Databank DNA/Perancangan Strategik, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan tempatnya akan diisi Ketua Polis Melaka DCP Datuk Jalil Hassan.


Turut bertukar, Timbalan Pengarah Forensik/Databank DNA/Perancangan Strategik, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah yang akan menjawat jawatan Ketua  Polis Melaka yang baharu.


Sementara itu, Setiausaha Polis Malaysia, Urusetia Pejabat KPN Bukit Aman, DCP Datuk Ramli Mohamed Yoosuf akan bertukar sebagai Ketua Urusetia KPN, Urusetia Pejabat KPN, Bukit Aman.


Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Datuk Muhammed Hasbullah Ali akan bertukar jawatan dengan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Sarawak, Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail.


Selain itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisoiner Mohd Zani Che Din saling bertukar jawatan dengan  Penolong Unit Rondaan Bermotosikal/e-Sektor, Bahagian Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Soaihami Rahim.


Turut terlibat dalam pertukaran ialah Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Kesejahteraan/Organisasi) Bukit Aman, Asisten Komisioner Habibi Majinji yang akan bertukar jawatan  sebagai Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Sabah, menggantikan Asisten Komisioner M. Chandrasehkaran  yang  akan menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Sabah.


Turut bertukar ialah Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Superintendan Noor Azmi Yusoff sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju yang baharu. -Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]