Ahmad Zakiyuddin kini stabil

in Edisi Utara by


GEORGETOWN – Keadaan kesihatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dalam keadaan stabil.


Beliau kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengadu sakit dada, semalam.


Pengarah HPP, Datuk Dr Norshida Ismail ketika ditemui mengesahkan perkara itu.


Menurutnya, Ahmad Zakiyuddin akan menjalani ujian Angiogram di HPP bagi memeriksa saluran injap pada jantungnya.


“Keadaan beliau kini stabil tetapi perlu ditahan dalam wad untuk membolehkan pegawai perubatan membuat rawatan.


“Buat masa ini belum ada tarikh bila beliau boleh dibenarkan keluar wad.


“Kita akan pantau keadaan beliau sehingga benar-benar sihat,” katanya.


Terdahulu, Adun Pinang Tunggal itu dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Bandar Perda selepas mengadu sakit dada semasa dalam perjalanan ke majlis sambutan hari raya di Kepala Batas.


Beliau kemudiannya terpaksa dirujuk ke HPP untuk rawatan lanjut.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]