Embun ais selubungi Pergunungan Dieng

in Global by


JAKARTA – INDONESIA. Kawasan Dataran Tinggi Dieng dilitupi embun ais, pagi semalam.


“Embun ais menyelubungi permukaan tanah dan kawasan pertanian di Pergunungan Dieng. Fenomena ini adalah normal ketika musim kemarau.


Cuaca panas pada waktu siang menyebabkan hujan menjadi sedikit. Angin dominan dari Australia bersifat kering,” menurut jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Nasional (BNBP), Sutopo Purwo Nugroho menerusi akaun Twitter miliknya.


Di kawasan Dieng, masyarakat menggelar fenomena itu sebagai Embun Upas atau Embun Kupas.


Difahamkan, fenomena itu bukan kali pertama berlaku, namun ia tetap menarik perhatian masyarakat sekitar.  


Gambar fenomena itu turut dikongsi di media sosial.


“Suhu mencecah sehingga 5 darjah Celsius. Keadaan ini berlaku pada setiap tahun antara Julai dan Ogos,” kata pengguna Instagram, Aji Pangestu, @ajibo0n.


Fenomena embun ais itu bagaimanapun boleh merosakkan tanaman pertanian seperti kentang dan ia sememangnya membimbangkan petani. – kompas.com


Source: SH Global

[featured-video-plus]