Ganti inflator beg udara buatan Takata

in Bisnes by


HONDA Malaysia akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan sebagai penekanan kepada pelanggannya untuk menggantikan inflator beg udara buatan Takata yang rosak.


Honda dalam kenyataan semalam menyatakan, pelanggan digalakkan untuk menggantikan kerana ia boleh menyebabkan tekanan dalaman yang berlebihan apabila diaktifkan.


“Komitmen Honda Malaysia terhadap keselamatan pelanggannya tetap teguh dan mantap. Kita akan pastikan program kesedaran diteruskan bagi memastikan pemilik dan orang ramai diberi maklumat berhubung penggantian ini,” katanya.


Menurut Honda, penggantian inflator beg udara itu penting kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian pemandu dan penumpang.


Ia juga mengesahkan bahawa semua model yang dijual sekarang tidak terlibat dan penggantian inflator beg udara itu adalah percuma dan kos berkaitan akan ditanggung oleh Honda.


“Syarikat mempunyai kesediaan stok 100 peratus beg udara bagi pemandu dan penumpang hadapan,” kata kenyataan itu lagi.


Pemilik kenderaan boleh semak status kenderaan dengan menghubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2, melayari laman web www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]