Johan, Badlisyah tamat kontrak di Tabung Haji

in Bisnes by


LEMBAGA Tabung Haji (TH) mengumumkan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Johan Abdullah dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Badlisyah Abdul Ghani menamatkan tempoh kontrak perkhidmatan dua tahun berakhir 30 Jun 2018 di TH.


Dalam satu kenyataan, TH berkata, Johan menyertai TH pada Januari 2015 sebagai Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TH.


Menurutnya, sebelum menyertai TH, beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Berhad yang merupakan anak syarikat TH.


“Badlisyah pula pernah menerajui Bahagian Perbankan Islam Kumpulan CIMB sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebelum menyertai TH pada 1 Julai 2016,” katanya.


TH turut mengumumkan dua orang Ahli Lembaga Pengarahnya iaitu Tan Sri Datuk Paduka Badruddin Amiruldin dan Tan Sri Datuk Mohamad Aziz menamatkan tempoh kontrak berakhir 30 Jun 2018.   


“TH mengucapkan terima kasih kepada Johan, Badlisyah, Badruddin dan Mohamad Aziz di atas perkhidmatan mereka,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]