Kematian pertama akibat selesema burung di Ca Mau, Vietnam

in Global by


BANDARAYA HO CHI MINH – VIETNAM. Wilayah Ca Mau di selatan Vietnam mencatatkan kes kematian pertama akibat selesema babi tahun ini, lapor agensi berita Vietnam (VNA).


Menurut pusat perubatan daerah Tran Van Thoi, mangsa dikenali Tran Van Chac, 69, telah dimasukkan ke Hospital Besar Ca Mau pada 28 Jun, selepas dijangkiti simptom demam dan batuk dan disahkan meninggal dunia tiga hari kemudian.


Hasil ujian oleh Institut Pasteur di Ho Chi Minh pada Rabu mendapati mangsa positif virus influenza (H1N1).


Berikutan itu, pegawai perubatan menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan seluas 400 meter sekitar rumah pesakit menggunakan bahan kimia untuk mencegah wabak daripada menular.


Sejak bermulanya musim H1N1 pada Mei, terdapat tiga kematian di Ho Chi Minh dan dua kematian di wilayah Ben Tre, di daerah Delta Mekong di selatan Vietnam.


H1N1 merupakan penyakit bermusim dan boleh menyebabkan golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan paru-paru, sepsis selain menyebabkan kematian.


Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit. – Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]