Khazanah kena kembali kepada peranan asal: PM

in Nasional by


PUTRAJAYA – Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) didesak supaya kembali kepada tujuan asal penubuhannya iaitu meningkatkan saham Bumiputera.


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Khazanah selaku sayap pelaburan kerajaan itu kini dilihat melakukan perkara ‘pelik’ termasuk terlibat dalam pemilikan perumahan dan mengambil alih syarikat.


“Penubuhan asal Khazanah pada awalnya adalah untuk membeli saham yang diperuntukkan kepada Bumiputera.


“Ini kerana kebiasaannya Bumiputera mudah untuk menjual balik saham mereka kepada orang lain. Bagi menghalang mereka (Bumiputera) berbuat demikian, kerajaan tubuhkan Khazanah,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Najib letak jawatan Pengerusi Khazanah Nasional ]


[ ARTIKEL BERKAITAN: Khazanah, BNM bantu langsai hutang 1MDB ]


Selain itu, beliau juga mendapati Khazanah turut menguasai pegangan saham mereka sama ada membabitkan saham Bumiputera atau tidak.


Sebelum ini, Dr Mahathir dalam siri temubual bersama laman web perniagaan, Investvine baru-baru ini menyatakan, kerajaan akan menilai semula pemilikan saham Khazanah dalam beberapa syarikat bagi mengembalikan semula peranan asal sayap pelaburan kerajaan itu.


Beliau mendakwa syarikat pelaburan negara Khazanah Nasional telah menyimpang daripada terasnya untuk membantu bumiputera.


Dalam wawancara itu, Mahathir turut berkata mahu memotong gaji tinggi bos syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC)


Bercakap mengenai Khazanah yang ditubuhkan pada 1993 ketika kali pertama pentadbirannya, Mahathir berkata firma pelaburan itu ditubuhkan untuk memegang saham bumiputera, sehingga mereka mempunyai keupayaan untuk membeli saham tersebut.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]