PM ucap terima kasih kepada Jokowi bantu tangkap Jamal

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo atas penangkapan Datuk Seri Jamal Md Yunos.


Menurut portal berita Indonesia, Kompas, penghargaan itu disampaikan menerusi sepucuk surat dikirimkan Dr Mahathir pada 3 Julai lepas.


Menurut surat berkenaan, Dr Mahathir berharap keakraban seperti itu dapat dicapai dalam semua sektor lantas menjadi teladan buat rakyat.


“Saya yakin kerjasama ini berlandaskan dasar ketetanggaan dan semangat saudara serumpun yang telah kita jalin sangat lama.


“Semoga keakraban ini dapat kita capai dalam semua sektor dan menjadi teladan bagi rakyat kedua negara,” katanya dalam surat berkenaan.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Jamal akhirya ditangkap]


[ ARTIKEL BERKAITAN: Jamal elak jumpa media di KLIA]


Ketua Gerakan Baju Merah itu ditangkap polis Indonesia pada 2 Julai lalu dan dihantar ke Malaysia semalam.


Sejurus tiba, beliau terus dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan melarikan diri dari jagaan polis, Mei lepas.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]