PRK Sungai Kandis: Harapan guna logo PKR

in Politik by


PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (Harapan) akan menggunakan logo PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Kandis agar tidak mengelirukan pengundi.


Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, calon PKR yang akan bertanding di DunĀ  itu masih belum diputuskan namun, hasil konsensus mereka akan tetap menggunakan logo PKR sepertiĀ  PRU14.


“Salah seorang daripada wakil rakyat kita telah meninggal di Sungai Kandis, dan kita akan buat persiapan bahawa calon Harapan akan datang dari parti PKR.


“Buat masa ini kita belum ada senarai pendek nama calon tetapi kita dah tetapkan untuk guna logo PKR supaya pengundi tidak keliru,” katanya.


Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Abdullah memaklumkan, bahawa pihaknya telah meminta PKR Selangor untuk mengemukakan nama-nama calon yang berpotensi untuk ditempatkan di Dun Sungai Kandis.


“Saya telah maklumkan kepada PKR Selangor untuk angkat nama-nama calon. tapi setakat ini kita tak terima lagi.


“Selepas terima, pimpinan pusat akan muktamadkan dan dapatkan persetujuan Harapan,” ujarnya.


[ ARTIKEL BERKAITAN: PRK Dun Sungai Kandis: Nama calon sudah ada ]


Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memaklumkan sudah mempunyai cadangan nama calon yang sesuai untuk bertanding dalam PRK Dun Sungai Kandis.


Pengumuman itu dibuat beliau susulan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, akibat kanser limfoma pada 11.10 pagi Isnin lalu.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]