Sidang meja bulat bincang isu kanak-kanak

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Sidang meja bulat wajar dipertimbangkan kerajaan bagi membincangkan isu berkaitan kanak-kanak  .


Presiden Pertubuhan Wanita Dalam Perniagaan & Pemikiran Kreatif (Pewangi), Datin Nabilah Sanusi berkata, beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kanak-kanak, pakar kanak-kanak dan tokoh-tokoh akademik serta beberapa pihak lain boleh dijemput menyertai sidang meja bulat tersebut.


Katanya, isu berkaitan kanak-kanak boleh dibincangkan antaranya tentang masalah peningkatan kes anak tidak sah taraf.


“Selain itu isu-isu penderaan kanak-kanak dan masalah pusat jagaan anak-anak juga boleh dibincangkan dalam sidang meja bulat tersebut.


“Pewangi berharap sidang meja bulat itu dapat memberikan satu penyelesaian lebih konkrit dan praktikal kepada kerajaan untuk mengatasi masalah berkaitan kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Dalam pada itu, Nabilah berkata, Pewangi menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Hannah Yeoh tentang penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak dan membuat cadangan kepada parlimen.


Semalam, Hannah dilaporkan berkata, kerajaan sedang mengkaji untuk menubuhkan suruhanjaya kanak-kanak atau badan bebas kanak yang melapor dan membuat cadangan kepada parlimen.


Ia susulan kematian adik Adam Rayqal Mohd. Sufi Naeif di rumah pengasuhnya di Batu Caves pada Selasa.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]