SST: Tak jejas jualan atas talian

in Bisnes by


ShopBack, platform Cashback dalam talian yang menggabungkan lebih daripada 500 kedai dalam talian di Malaysia, meramalkan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak akan menjejaskan jualan dalam talian secara negatif.


Pengurus Besar Negara ShopBack Malaysia, Alvin Gill berkata, memandangkan landskap bersaingan, tidak mungkin penjual dalam talian meningkatkan harga kerana SST.


“Jika mereka menaikkan harga pada September, pelanggan boleh beralih ke kedai luar talian. Itulah perkara terakhir pembeli dalam talian ingin lihat,” katanya.


Beliau menyatakan sekurang-kurangnya dua acara e-dagang akan berlangsung pada September depan, iaitu MYCYBERSALE dan 9.9 Hari Ganjaran serta pada suku keempat tahun ini selepas September akan menyaksikan acara jualan dalam talian mega seperti 11.11 Hari Tunggal dan Black Friday & Cyber Monday.


“Walaupun, SST beri impak kepada perniagaan, penjual dalam talian mungkin pilih untuk menyerapnya bagi melindungi jualan mereka dalam beberapa bulan akan datang,” katanya sambil menyebut bahawa apabila GST dikeluarkan pada April 2015, ramai rakyat beralih berbelanja dalam talian untuk mencari pilihan lebih murah dan menggunakan ShopBack bagi penjimatan tambahan menangani kesan GST dalam pembelian harian mereka.


Tambahnya, rakyat Malaysia sensitif terhadap pelarasan harga dan celik mencari tawaran, pulangan tunai dan kod promo.


“Malah, kami menyaksikan kenaikan jualan 30 peratus pada 1 Jun 2018 apabila GST diselaraskan kepada sifar peratus. Namun, kami tidak fikir pengguna akan tergesa-gesa membeli sebelum September. Kebanyakan mereka menyimpan sentimen ‘tunggu-dan-lihat’ sehingga acara jualan dalam talian seterusnya.


“Kerajaan juga memberi jaminan kepada rakyat bahawa SST tidak akan mencetuskan inflasi. Jadi, kami yakin ia tidak akan menjejaskan prestasi e-dagang,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]