Tekanan air rendah di Kemaman

in Edisi Terengganu by


KEMAMAN – Sebahagian besar penduduk Kemaman sekarang terpaksa berdepan keadaan tekanan air rendah ekoran bekalan air disalurkan untuk membantu kerja-kerja pemadaman kebakaran tiga tangki minyak mentah di kilang penapisan Kemaman Bitumen Company (KBC).


Exco Kerajaan Negeri, Hanafiah Mat berkata, susulan keadaan itu beliau berharap penduduk daerah ini bersabar dan memahami keadaan berkenaan.


“Kepada rakyat Kemaman yang terjejas iaitu mengalami masalah tekanan air paip rendah saya mohon maaf kerana keadaan ini mungkin berlarutan sehari dua sebelum situasi kembali pulih.


“Ia terpaksa dilakukan untuk membekalkan sumber air yang banyak bagi kerja pemadaman api,” katanya.


Hanafiah mengiringi Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang turun padang meninjau keadaan kebakaran di KBC petang tadi.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]