35 kaum India serah borang jadi ahli Pas

in Edisi Utara by


KUALA KETIL – Seramai 35 kaum India menyerahkan borang kemasukan sebagai ahli Pas.


Ketua Pemuda Dewan Himpunan Pemuda Pas (DHPP) Negeri Kedah, Devaraj Lecthmanan berkata, kemasukan terbaru golongan muda itu membuktikan Pas platform kepada semua kaum.


Menurutnya, DHPP akan terus mensasarkan kemasukan ramai kaum India bagi menghadapi PRU15.


“Mereka pada mulanya berpandangan Pas hanya untuk agama Islam. Tetapi hasil penjelasan yang baik dan menyeluruh, mereka akhirnya menyatakan sokongan untuk bersama DHPP,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekan Kuala Ketil, semalam.


Tambahnya, beliau mempunyai keyakinan Kedah akan kembali kepada Pas pada PRU15.


“Jika kita lihat keputusan PRU14 di Kedah, Harapan menang dengan dibantu dibantu parti-parti komponen. Begitu juga Umno yang bergantung kepada beberapa parti komponen dalam BN.


“Tetapi sebuah parti yang matang boleh mengukuhkan 15 kerusi tanpa sokongan sesiapa pun, itulah Pas,” katanya.


Beliau yang juga Ketua DHPP Baling berkata, Pas kurang menerima sokongan masyarakat India pada PRU14 kerana sentimen peribadi dimainkan Umno dan Pakatan Harapan ( Harapan).


“Apa pun saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan baru. Kita tidak cemburu dengan kemenangan Harapan, tetapi kita harap mereka dapat laksanakan tugas yang dijanjikan kepada rakyat,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]