Akta RUU 355 mampu cegah LGBT

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Pas berpendapat pemerkasaan institusi mahkamah dan enakmen jenayah Syariah melalui pindaan akta RUU 355 merupakan salah satu langkah terbaik mencegah isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).


Ketua Penerangannya, Nasrudin Hasan dalam satu kenyataan berkata hukuman juga perlu ditingkatkan supaya ia memberi pengajaran dan mampu menimbulkan penyesalan terhadap perkara mungkar.


Menurutnya, Pakatan Harapan khususnya Amanah perlu buktikan mereka mampu mengangkat kemuliaan Islam dan memelihara sosial rakyat dengan kuasa yang mereka ada sekarang.


“Menangani isu LGBT tidak memadai sekadar dialog. Dialog boleh diteruskan dan diurus oleh badan-badan Islam milik kerajaan mahupun bukan kerajaan sebagai satu usaha dakwah.


“Bagi kerajaan memerintah, manfaatkan kuasa diberikan dengan menguatkuasakan pencegahan kemungkaran di Malaysia sebagaimana diperintah ALLAH.


“Saya yakin salah satu ruangnya ialah seperti apa dirintis Pas selama ini iaitu memperkasakan institusi Mahkamah Syariah melalui pindaan akta RUU 355,” katanya.


[ ARTIKEL BERKAITAN: Isu LGBT: Tiada tindakan jika tak lakukan jenayah ]


Tambahnya, dialog adalah salah satu mekanisme yang baik untuk dijalankan namun kerajaan perlu menggunakan kuasa yang ada untuk mencegah perkarang mungkar seperti LGBT.


“Tindakan boleh diambil samada melarang perbuatan tersebut, mengambil langkah pencegahan yang ketat, kempen basmi gaya hidup LGBT atau kenakan hukuman sewajarnya.


“Ini bukanlah perkara baru dalam negara kita. Ia dikatakan sudah bermula sejak tahun 1980an malah pernah dibincangkan oleh Majlis Raja-Raja juga.


“ALLAH memberikan peluang kepada mereka (Harapan) berada di tampuk pemerintahan. Antara tanggungjawab utama sebuah pemerintahan ialah menguatkuasakan syariat dan membasmi kemaksiatan,” ujarnya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]