Bina nisan gergasi untuk ingat mati

in Global by


PROBOLINGGO – INDONESIA. Seorang lelaki di Indonesia membina nisan gergasi di tanah miliknya sebagai persiapan menghadapi kematian.


Tindakan lelaki dikenali sebagai Slamet atau Nur Bintaos, 42, membina nisan setinggi 15 meter itu mengundang kecaman pelbagai pihak, yang menganggap tindakannya sebagai ganjil kerana dia telah menetapkan sendiri tarikh kematiannya.


“Dia telah menentukan tanggal kematiannya sendiri yang dituliskan di dinding pintu masuk kawasan yang menempatkan nisan gergasi tersebut,” ujar seorang penduduk, Nur Wahid kepada Detik.com.


Ayat yang tertulis berbunyi “Inilah Makam Persiapan Bintaos Seseorang yang Penuh Dosa. Lahir 9 Juni 1976 Wafat 4-8-2085. Mengharap Rahmat Tuhan”.


Terdahulu, Slamet juga pernah membuat patung raksasa Dewi Sri pada tahun 2012, namun ia diruntuhkan dengan arahan pemerintah Kabupaten Probolinggo kerana menimbulkan kontroversi.


Slamet juga dikatakan mempunyai tempat pertapaan bernama “Bintaos” yang dipenuhi patung Buddha dan tokoh-tokoh wayang sejak tahun 2010.


Selain sering mencetus kontroversi beberapa kegiatan SlametĀ  juga mengarah ke perbuatan syirik. – Detikcom


Source: SH Global

[featured-video-plus]