Kerajaan teliti hapus monopoli perniagaan, perkhidmatan

in Nasional by


KULIM – Kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) berhasrat mengawal jenis perniagaan atau perkhidmatan bersifat monopoli supaya tidak membebankan rakyat.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan ketika ini sedang meneliti dan menyenaraikan bentuk barangan dan perkhidmatan berkenaan.


Menurutnya, kerajaan akan mengumumkan perkara itu dalam tempoh terdekat.


“Apa sahaja jenis perniagaan bersifat monopoli, kerajaan Harapan akan lihat dan akan tetapkan tarikh untuk hapuskan amalan itu.


“Kemudian kita akan jemput pembida baharu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Tengas, di sini hari ini.


Mengulas cadangan pihak tertentu supaya kerajaan memansuhkan Permit Import (AP), Saifuddin berkata, kerajaan akan bergerak ke arah itu jika kaedah tersebut dapat menurunkan harga.


“Sama ada amalan mengeluarkan AP boleh menurunkan harga satu-satu item, itu saya perlukan sedikit masa lagi masa untuk teliti.


“Jika ada ruang amalan itu boleh bawa kita turunkan harga, kita akan bergerak ke arah itu tanpa saya sebut spesifik item apa,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]