Mimi Fly janggal dengan gelaran janda

in Hiburan by
Mimi Fly

Mimi Fly janggal dengan gelaran janda


SETELAH berehat seketika menguruskan kehidupan peribadinya, penyanyi Mimi One Nation Emcee kini kembali untuk meneruskan kerjaya seninya yang terhenti seketika sebelum ini.


Menurut Mimi atau nama lengkapnya, Shamimi Amalina Norhisham, perpisahannya dengan bekas suami, tidak pernah terjangkakan sehingga dia mengambil masa yang agak lama untuk memulihkan diri.


“Selepas rumah tangga saya berakhir secara rasmi hujung tahun lalu, saya mengalami kemurungan yang teruk dan mengambil keputusan untuk berehat seketika menenangkan diri selain mencari semangat baru.


“Alhamdulillah selepas beberapa ketika saya kini semakin OK dan bersedia untuk kembali aktif dalam kerjaya seni yang sememangnya menjadi kecintaan saya sebelum ini.


“Saya harap dengan kembali sibuk begini, saya dapat menghindari diri daripada terus mengenangkan apa yang pernah berlaku sebelum ini,” ujar Mimi yang kini tampil sebagai penyanyi solo.


Mengulas tentang kehidupannya yang kembali hidup bersendiri, katanya yang kini mahu dikenali sebagai Mimi Fly ini, dirinya bertuah kerana keluarga dan rakan-rakan sentiasa ada bersamanya ketika susah dan senang.


Tambahnya, meskipun gelaran sebagai ‘janda’ itu agar berat untuk digalas pada awalnya, dia kini semakin selesa dengan kehidupan.


“Perceraian itu mungkin penyelesaian terbaik untuk saya dan bekas suami meneruskan kehidupan dan  mencari kebahagiaan masing-masing.


“Mula-mula janggal dengan gelaran janda kerana saya sering membayangkan pandangan negatif sesetengah orang terhadap status ini, tetapi lama-kelamaan saya OK, kerana hanya kita yang tahu apa yang dilaluinya,” luahnya yang kini sedang mempromosi single solo pertamanya, Superfly.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]