Parti politik Kemboja mula kempen pilihan raya

in Global by


PHNOM PENH – KEMBOJA. Parti politik Kemboja memulakan kempen tiga minggu menjelang pilihan raya umum hujung bulan ini.


Perdana Menteri Hun Sen, bersedia menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan selepas parti pembangkang utama dibubarkan dan anggota kanannya menarik diri.


Memerintah Kemboja selama 33 tahun, beliau memberitahu penyokongnya bahawa kerajaan pimpinannya bakal memastikan keamanan, pertumbuhan ekonomi dan kenaikan gaji untuk pekerja sektor utama setiap tahun.


Beliau turut menyebut peranan partinya, Parti Rakyat Kemboja (CPP), dalam menamatkan pemerintah Khmer Rouge dan meredakan ancaman ‘revolusi warna’ yang diketuai bekas pembangkang.


“Saya sudah memimpin negara ini melalui banyak situasi sukar, walaupun berlaku beberapa percubaan kumpulan dalam dan luar negara mencetuskan pelbagai masalah untuk menghalang perjalanan membina, melindungi serta memajukan negara,” kata Hun Sen.


Berbekalkan populariti, beliau menjanjikan jalan raya yang baik dan pembinaan sekolah di kawasan pedalaman serta bekalan elektrik.


“Jika anda sukakan keamanan dan pembangunan, tolong undi CPP. Jika CPP menang, rakyat juga menang,” katanya. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]