Pertumbuhan pembayaran tanpa sentuh

in Bisnes by


PENGURUS Negara Mastercard Malaysia dan Brunei, Perry Ong berkata, Malaysia tidak terkecuali susulan sejak tahun lalu, data Mastercard menunjukkan aliran yang meningkat dari segi penggunaan pembayaran tanpa sentuh.


Mastercard melihat semakin ramai rakyat Malaysia memilih tanpa sentuh atau? Tap and Go’ untuk barangan kecil, sama ada untuk makan, minyak atau membuat pembelian di kedai serbaneka.


“Kami mendapati ia menggalakkan susulan ia menunjukkan kesediaan rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan kemajuan pembayaran dan keyakinan mereka terhadap pembayaran tanpa sentuh sebagai cara yang mudah, selamat dan bijak untuk membuat pembayaran barangan pada setiap hari,” katanya dalam kenyataan.


Berdasarkan kepada data Mastercard, jumlah terminal tanpa sentuh di Malaysia meningkat dengan ketara, mencatatkan peningkatan sebanyak 400 peratus antara 2016 dan 2017.


Menjelang 2020, Malaysia menyasarkan 800,000 terminal semasa jualan (POS) dan daripada jumlah tersebut, 30 peratus tanpa sentuh bersamaan hampir satu perempat daripada sejuta terminal.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]