Ramai bimbang hilang kerja

in Bisnes by


DUA daripada lima rakyat Malaysia menyuarakan kebimbangan mereka akan hilang pekerjaan disebabkan pendigitalan, selain melihat ia sebagai ancaman kepada pekerjaan, demikian menurut kajian oleh Workday, penyedia utama perusahaan berasaskan awan.


Kajian itu, anjuran bersama firma risikan pasaran global, International Data Corporation (IDC), mendapati walaupun majikan di Malaysia mempunyai kesedaran tinggi terhadap pendigitalan, 37 peratus daripadanya merasakan mereka tidak memiliki set kemahiran untuk bersaing.


Lebih 1,400 majikan dari lapan negara, Malaysia, Jepun, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Hong Kong, New Zealand dan Australia, terlibat dalam kajian itu.


Dalam kenyataannya, Workday berkata, Malaysia merupakan antara tiga negara yang memiliki kesedaran digital tertinggi di Asia Pasifik, dengan 73 peratus responden menjangkakan kecanggihan teknologi memberi impak di tempat kerja.


“Gelombang pendigitalan membawa peluang dan ancaman baharu. Perniagaan di Malaysia mesti melabur dalam bidang latihan dan inisiatif meningkatkan kemahiran bagi memastikan pekerja bersedia untuk berhadapan cabaran mendatang,” kata Pengarah Urusan Asia Tenggara Workday, Jasie Fon.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]