‘Hanya bergantung ayaq hujan’

in Edisi Utara by


ALOR SETAR – Seramai 50 pesawah dari Kampung Pulau Kerengga di sini kecewa apabila tidak mendapat bekalan air yang sempurna untuk mengairi tanaman mereka.


Seorang pesawah, Halim Ahmad, 76, berkata, masalah berkenaan berlarutan sejak dua tahun lalu.


Katanya, aduan kepada pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) telah dibuat sebelum ini namun tiada tindakan efektif diambil.


“Lepas buat aduan, pihak Mada ada turun buat tinjauan tapi depa kata ayaq tak ada jadi tak boleh nak pam.


“Sepatutnya, depa fikir macam mana nak atasi masalah ini, sebab rumah pam ada tapi sumber ayaq tak ada.


“Jadi kami sekarang ni terpaksa bergantung ayaq hujan saja,” katanya.


Menurutnya, kegagalan sistem pengairan menyebabkan pesawah di sini tidak dapat mengikut jadual penanaman dikeluarkan Mada.


“Sepatutnya waktu la ni pesawah lain boleh balas baja dah, tapi kami ni baru boleh meracun tu pun sebab Khamis lepas hujan turun.


“Kalau dak, nak buat apa pun tak boleh,” katanya.


Sementara itu, Johari Saad, 63, berkata, masalah yang melanda mereka ini turut menjejaskan pendapatan mereka.


“Bila ayaq tak ada, kami nak meracun tak boleh, bila dah lama-lama rumput makin panjang dan tua, masa ni kita meracun pun tak mati dah.


“Jadi hasilnya, rumput lebih banyak daripada padi, dah la padi angin banyak, rumput lagi, banyak mana hasil nak dapat semusim?,” katanya.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]