Media, orang ramai diarah tinggalkan kawasan gua

in Global by


CHIANG RAI – THAILAND. Pihak berkuasa Thailand mengarahkan media dan pihak yang tidak berkenaan untuk meninggalkan tapak kem berhampiran pintu masuk gua di mana 12 remaja lelaki dan seorang jurulatih terperangkap selama lebih dua minggu.


Arahan dikeluarkan sehari selepas ketua misi menyelamat berkata keadaan semasa dilihat sesuai untuk memulakan kerja mengeluarkan mangsa.


“Semua yang tidak terbabit dengan operasi ini perlu meninggalkan kawasan ini segera. Melihatkan kepada situasi semasa, kami perlu menggunakan kawasan ini untuk membantu mangsa,” kata polis.


Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada usaha untuk membawa mangsa keluar dengan menyelam sudah bermula.


Awal minggu lalu, ketua misi menyelamat, Narongsak Osottanakorn berkata semua remaja terbabit masih belum bersedia untuk melakukannya, namun semalam beliau menyatakan ada peluang untuk mereka mencuba.


[ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa akan cuba dikeluarkan esok : Penyelamat Thai]


[ARTIKEL BERKAITAN: Misi menyelamat 12 remaja Thai: 100 cerobong ditebuk]


[ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan penyelamat makin hampir]


[ARTIKEL BERKAITAN: Penyelamat cari laluan rahsia]


[ARTIKEL BERKAITAN: Pengumpul sarang burung bantu operasi menyelamat]


[ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa terperangkap dalam gua diajar berenang, menyelam]


[ARTIKEL BERKAITAN: Misi mencari pasukan bola sepak remaja Thai diteruskan]


[ARTIKEL BERKAITAN: 12 pemain bola sepak kanak-kanak Thailand ditemui]


“Dalam masa tiga hingga empat hari ini, keadaan semasa paras air, cuaca dan kesihatan kumpulan remaja itu sesuai untuk mengeluarkan mereka,” kata Narongsak kepada media.


Hujan yang berterusan akan menyebabkan air naik ke paras tempat duduk kumpulan itu, sekali gus menyempitkan ruang sehingga kurang daripada 10 meter persegi,” tambahnya memetik laporan dari penyelam dan pakar gua.


Kematian seorang bekas anggota Tentera Laut unit SEAL Thailand yang kehabisan bekalan oksigen Jumaat lalu menjelaskan betapa berisiko perjalanan itu walau untuk seorang professional.


Pasukan bola sepak remaja Wild Boar terperangkap di dalam gua Tham Luang sejak 23 Jun lalu apabila air naik mendadak dan membanjiri laluan gua. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]