Single terbaharu, raih 1 juta tontonan dalam masa 4 hari

in Hiburan by
Haqiem Rusli

Single terbaharu, raih 1 juta tontonan dalam masa 4 hari


DI SEBALIK kontroversi yang melanda penyanyi Haqiem Rusli sepanjang minggu ini, percaturannya menjadi apabila single terbaharunya, Selamat Tinggal Sayang mendapat perhatian ramai.


Dalam masa empat hari muzik videonya dilancarkan, ia telah meraih lebih satu juta tontonan dan trending pada kedudukan ketiga di saluran Youtube.


Selamat Tinggal Sayang merupakan lagu ciptaan sepenuhnya daripada Haqiem yang juga merupakan single keempatnya selepas Segalanya, Tergantung Sepi dan Jatuh Bangun.


Terdahulu sebelum itu, Haqiem telah menyuarakan hasratnya untuk bersara daripada dunia nyanyian kerana mendakwa mengalami depresi. Namun perancangan tersebut ditarik balik selepas Aidilfitri lalu, sekaligus melancarkan single terbaharu ini.


Tindakan tersebut mendapat kecaman hebat netizen dan rakan artis yang menganggap penyanyi muda ini melakukan gimik murahan dengan mempermainkan isu depresi semata-mata untuk memprpmosikan single terbaharunya ini.


Tidak sekadar itu, Haqiem turut ditegur Sufi Rashid apabila dikatakan mengguna intro muzik hasil sentuhan penyanyi dari Singapura itu tanpa keizinannya.


Bagaimanapun perkara tersebut telah selesai apabila Haqiem menerusi sebuah sidang media yang diadakan pada Khamis lalu membuat permohonan maaf terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap kontroversi yang menimpa dirinya itu.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]