Arab Saudi sedia bantuan US$11b untuk Yaman

in Global by


RIYADH – ARAB SAUDI. Arab Saudi pad Ahad mengumumkan negara itu menyediakan lebih US$11 bilion untuk bantuan kepada Yaman, memetik berita dalam talian Sabq.


Pusat Tindakan dan Bantuan Kemanusiaan Raja Salman berkata, Arab Saudi telah memulakan 269 projek dengan anggaran keseluruhan US$1.6 bilion, selain menyediakan lebih US$783 juta kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha bagi meringankan penderitaan penduduk Yaman.


Arab Saudi mengetuai gabungan dalam memerangi pemberontak Houthi untuk menyokong kerajaan Yaman yang digulingkan sejak 2015. – Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]