Bisa makan tuan

in Global by


PALANGKA RAYA – INDONESIA. Hobi seorang remaja membela ular tedung selar sebagai haiwan kesayangan membawa padah apabila dia maut dipatuk reptilia berbisa berkenaan dalam kejadian di Kalimantan Tengah.


Remaja yang dikenali sebagai Rizky Achmad itu dilaporkan meninggal dunia hari ini, selepas dirawat di Hospital Doris Sylvanus sejak semalam.


Rizky, 19, dilaporkan membela ular berkenaan sejak beberapa bulan lalu.


Media tempatan melaporkan, ular berkenaan dijadikan haiwan peliharaannya selepas ia ditemui semasa banjir di Kelurahan Bukit Tunggal.


“Maklumat dari rakan-rakan mangsa, mangsa membawa ular itu ke bandar Palangka Raya sempena Hari Tanpa Kenderaan untuk dipamerkan kepada orang ramai.


“Ketika dia sedang leka bersembang dengan pengunjung lain, ular tersebut mematuk tangan kanannya. Dia telah kejarkan ke hospital namun sayang nyawanya tidak dapat diselamatkan,” kata pegawai paramedik, Tommy.


Ular tedung selar antara ular berbisa di dunia dan racun pada reptilia berkenaan boleh membunuh manusia dewasa dalam tempoh beberapa minit. – Detik News

 


Source: SH Global

[featured-video-plus]