Empat sudah dibawa keluar

in Global by


CHIANG RAI – THAILAND. Jumlah mangsa yang masih terperangkap di gua Tham Luang adalah empat orang selepas pasukan penyelamat berjaya membawa keluar empat lagi mangsa hari ini, menjadikan semua yang diselamatkan kepada lapan.


Empat mangsa pertama dibawa keluar semalam dan telah dikejarkan ke hospital di Chiang Rai, kira-kira 60 kilometer dari lokasi gua.


Hari ini, operasi menyelamat berjalan lancar dengan mangsa kelima dibawa keluar kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan).


Mangsa keenam pula dibawa keluar sejam selepas itu.


Reuters yang memetik saksi di lokasi kejadian berkata, mangsa ketujuh berjaya dibawa keluar pada pukul 7.36 malam dan mangsa kelapan dbawa menggunakan pengusung kira-kira pukul 8.35 malam.  – Al Jazeera


Source: SH Global

[featured-video-plus]