Mas Khan jalani pembedahan lutut

in Hiburan by
Pelakon, Mas Khan

Mas Khan jalani pembedahan lutut


PELAKON, Mas Khan kini dilaporkan berada di sebuah hospital swasta ibu negara bagi menjalani pembedahan lutut pada bahagian kaki kanannya.


Memetik laporan mStar Online, pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot sebagai Daniel ini berkata, pembedahan pada kecederaan dikenali sebagai ‘ligament anterior cruciate’ (ACL) ini terpaksa dilakukan kerana sudah tidak dapat menahan sakit yang dialami sejak April lalu lagi.


“Saya mengalami kecederaan itu ketika menjalani penggambaran telefilem Misteri Maria pada April lalu tetapi ia bukan ketika bekerja.


“Masa tu saya sedang duduk dan berpaling ketika ada orang memanggil saya. Ketika itulah tiba-tiba saya terdengar bunyi meletup dari lutut saya.


“Sejak itu saya menahan sakit dan hari ini baru dapat buat pembedahan,” katanya yang bakal menjalani pembedahan pada petang ini.


Pada masa yang sama, selepas pembedahan itu berjaya dilakukan, aktor yang turut terkenal menerusi watak Inspektor Kamal dalam drama kepolisan Gerak Khas ini akan berehat selama dua bulan bagi mengikuti rawatan fisioterapi sebelum kembali aktif berlakon.


“Alhamdulillah jika tiada sebarang masalah, tempoh untuk saya kembali pulih adalah dua bulan tetapi kena rajin buat fisioterapi selepas pembedahan.


“Kebetulan jadual saya pun lapang sekarang, jadi boleh tumpukan kepada fisioterapi sebelum kembali ke set penggambaran,” katanya.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]