Operasi menyelamat mangsa lain di gua Thai dilancar semula

in Global by


BANGKOK – THAILAND. Operasi menyelamat dan membawa keluar mangsa lain yang terperangkap dalam gua Tham Luang yang dilanda banjir di Mae Sai, Chiang Rai di bahagian utara Thailand, dilancarkan semula pada kira-kira 11 pagi tadi (waktu tempatan).


Bekas gabenor Chiang Rai Narongsak Ossothanakorn yang membuat pengumuman itu hari ini berkata, mereka berharap dapat mengulangi kejayaan seperti misi semalam dalam mana empat budak lelaki berjaya dibawa keluar dengan selamat.


Ketua misi penyelamat itu memberitahu sidang media di Chiang Rai bahawa misi hari ini dikendalikan oleh kumpulan juruselam yang sama seperti semalam.


[ARTIKEL BERKAITAN: Empat disahkan berjaya dibawa keluar]


[ARTIKEL BERKAITAN: Misi menyelamat 12 remaja Thai: 100 cerobong ditebuk]


[ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan penyelamat makin hampir]


[ARTIKEL BERKAITAN: Penyelamat cari laluan rahsia]


[ARTIKEL BERKAITAN: Pengumpul sarang burung bantu operasi menyelamat]


[ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa terperangkap dalam gua diajar berenang, menyelam]


[ARTIKEL BERKAITAN: Misi mencari pasukan bola sepak remaja Thai diteruskan]


[ARTIKEL BERKAITAN: 12 pemain bola sepak kanak-kanak Thailand ditemui]


[ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa akan cuba dikeluarkan esok : Penyelamat Thai]


[ARTIKEL BERKAITAN: Media, orang ramai diarah tinggalkan kawasan gua]


[ARTIKEL BERKAITAN: Misi menyelamat disambung hari ini]


[ARTIKEL BERKAITAN: Dua lagi mangsa berjaya dikeluarkan]


Narongsak yang mengetuai misi menyelamat itu tidak pula menyatakan berapa ramai daripada budak-budak tersebut akan dibawa keluar dari gua hari ini.


Empat daripada budak-budak itu dari Akademi Bola Sepak Mu Pa (Babi Hutan) telah dibawa keluar dengan selamat semalam.


Berikutan itu, sembilan mangsa masih terperangkap.


Sejumlah 13 budak lelaki dan jurulatih mereka berusia antara 11 hingga 25 tahun terperangkap dalam gua yang dilanda banjir sejak 17 hari lepas. – Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]