Tidak putus asa, akhirnya buahkan hasil

in Nasional by


SEREMBAN – Tidak pernah jemu mencuba, tuah akhirnya memihak kepada Norizal Nordin, 41, apabila terpilih memenangi hadiah wang tunai RM500 menerusi peraduan Hari-Hari Duit Raya.


Norizal dari Kampung Sungai Buloh, Jelebu berkata, dia sentiasa mencuba nasib menyertai apa sahaja peraduan dianjurkan sejak akhbar itu dikeluarkan.


“Saya suka mengikuti apa saja peraduan dianjurkan Sinar Harian sejak dahulu lagi dan pernah memenangi hadiah wang tunai RM300 tiga tahun lalu.


“Saya tidak terlalu berharap, kalau ada rezeki…adalah. Tapi kali ini betul-betul tak sangka, hanya tiga kali percubaan, nama saya terus terpilih,” katanya selepas menerima wang tunai RM500 di pejabat Sinar Harian Negeri Sembilan di sini, semalam.


Dia yang bekerja kampung berkata, hadiah wang tunai berkenaan tepat pada waktunya selepas terpaksa berbelanja untuk persiapan Aidilfitri.


Menurutnya, dia akan menggunakan wang itu sebaik mungkin sekali gus dapat membantu meringankan bebannya.


Selain itu katanya, dia dan keluarga merupakan pelanggan setia Sinar Harian sejak dahulu lagi kerana tertarik dengan konsep laporan beritanya yang telus dan menyeluruh.


Malah dia berharap Sinar Harian dapat mengadakan lebih banyak lagi peraduan seumpama itu sekali gus menjadikan akhbar itu lebih dekat dengan pembaca.


“Penganjuran peraduan sebegini membuatkan orang lagi suka dengan Sinar Harian. Bagi saya akhbar ini memang terbaik,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]