Flotilla kedua belayar dari Gaza ke Cyprus

in Global by


GENTING GAZA – PALESTIN. Kapal misi Flotilla kedua bakal belayar dari Gaza ke Cyprus sebagai tanda protes terhadap pengepungan rejim Israel di kawasan pesisiran pantai yang telah wujud lebih dari satu dekad.


“Flotilla akan belayar pada jam 11 pagi esok (hari ini) membawa orang-orang Palestin yang sakit dan cedera. Mereka ini tidak dapat melakukan perjalanan ke luar negara (untuk rawatan perubatan) akibat pengepungan Zionis,” kata jurucakap Jawatankuasa Hapuskan Pengepungan Gaza, Bassam Manasra.


Tambah Manasra, rancangan itu akan tetap diteruskan meskipun menerima ancaman daripada tentera laut Israel.


“Kami telah merancang selama lebih sebulan. Kami tidak akan berundur sehingga objektif kami tercapai,” katanya.


Misi Flotilla pertama telah berlayar dari perairan Gaza pada 29 Mei lalu dengan membawa pesakit Palestin, kebanyakannya cedera selepas ditembak dan terkena gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel semasa protes di sepanjang pagar sempadan.


Kapal berkenaan yang diiringi beberapa bot kecil bagaimanapun telah dipintas dan dirampas oleh tentera laut Israel.


Seramai 17 aktivis Palestin yang berada di atas kapal berkenaan turun ditahan. – Press TV


Source: SH Global

[featured-video-plus]