Jangan hapus pusat tahfiz: Adly

in Nasional by


MELAKA TENGAH – Pendidikan tahfiz di negara ini tidak sepatutnya dihapuskan sebaliknya ia perlu ditambah baik.


Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, pelajar lepasan tahfiz masa kini seharus sudah boleh ditempatkan di arus perdana pekerjaan negara.


“Saya berpandangan tidak sepatutnya penutupan itu dicadangkan sebaliknya jika ada kelemahan di peringkat sekolah tahfiz itu, elok dilakukan penambahbaikan untuk kita memastikan pelajar tahfiz itu duduk juga di dalam arus perdana pekerjaan negara.


“Pada masa sama, sebarang penambahbaikan boleh dibuat dari semasa ke semasa,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang mencadangkan supaya kerajaan menutup sekolah tahfiz yang disifatkan radikal.


Bagaimanapun, cadangan itu ditolak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.


Terdahulu, Adly menghadiri majlis penyampaian hadiah Kempen Bayar Cukai Tanah Dan Menang di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Melaka yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Roslan Ibrahim dan Pengarah Tanah dan Galian negeri, Zaidi Johari.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]