Kerajaan komited hapus rasuah

in Nasional by


PUTRAJAYA- Kerajaan komited melahirkan barisan pentadbiran bebas rasuah membabitkan anggota pentadbiran di semua peringkat.


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bagi merealisasikan hasrat itu pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menubuhkan beberapa badan tertentu untuk mencegah rasuah dan menguatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Beliau berkata teladan menolak rasuah harus dimulakan oleh pemimpin-pemimpin negara termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan semua menteri di kementerian


“Kita percaya tauladan yang baik dan tidak melibatkan diri dalam rasuah perlu ditunjukkan dari peringkat pucuk pimpinan.


Kita harus pamerkan diri sebagai pemimpin berwibawa, amanah, berintegriti dan tidak bertoleransi dengan jenayah rasuah,”katanya


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan perutusan khas kepada ahli Parlimen dan anggota pentadbiran kerajaan pada Program Taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah bagi anggota pentadbiran dan ahli-ahli parlimen di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.


AKAN MENYUSUL…

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]