Nahas Gerik: Polis minta saksi tampil

in Nasional by


GERIK – Polis meminta saksi kemalangan maut melibatkan sebuah treler dan sebuah kereta Proton Saga di KM 59 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli untuk tampil membantu siasatan.


Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa dalam kenyataan berkata saksi perlu segera tampil di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik atau menghubungi  Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Nasapira Mat Kar.


[ARTIKEL BERKAITAN: Kedua-dua kenderaan bertembung]


[ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut nahas membabitkan lori balak]


Dalam kejadian pada 4.30 petang Ahad lalu, tiga sekeluarga antara empat yang maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah kereta dan lori dengan muatan balak.


Mereka ialah pemandu kereta jenis Proton Saga BLM Mohd Nizam Suhaidin, 34; isterinya Nurhafizah Ismail, 34, dan seorang anak mereka Mohd Afiq, 6, serta pemandu lori Redzuan Abd Ghani, 59.- Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]