Gas masak meletup, dua mangsa cedera

in Edisi Utara by


BERTAM – Seorang lelaki cedera parah manakala isterinya cedera ringan apabila tong gas masakan di rumah mereka meletup dalam kejadian awal pagi tadi.


Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, kejadian tersebut mengakibatkan bahagian bumbung rumah berkenaan runtuh.


“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas dikejarkan ke lokasi kejadian.


“Kebakaran melibatkan bahagian ruang tamu sebuah rumah jenis kelas B, peratusan kebakaran hampir lima peratus,” katanya.


Katanya, terdapat dua orang mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Kepala Batas.


“Kebakaran berpunca dari gas masakan yang bocor dan menyebabkan berlaku letupan kecil menyebabkan bumbung di bahagian depan rumah runtuh.


“Kebakaran kemudiannya dapat dikawal pada jam 05.44 pagi,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya mengesahkan mengenai kejadian.


“Kejadian mengakibatkan kerosakan pada dua rumah yang mengalami kerosakan di mana bumbung tercabut di bahagian dapur serta siling pecah,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]