Norman umum nama anak keenam

in Hiburan by
MIKAYLA DELISHA HAKIM. Foto – INSTAGRAM

Norman umum nama anak keenam


SEHARI selepas dilahirkan, pelakon, Norman Hakim berkongsi nama dan wajah anak perempuannya.


Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 42, dan isterinya, Memey Suhaiza, 30, memiliih nama Mikayla Delisha Hakim untuk bayi berkenaan.


“Assalammulaikum. Salam Jumaat semua. Papa dan mummy dah bagi kita nama tau. Dengan izin Allah, nama kita (saya) Mikayla Delisha Hakim.


“Papa, mummy cakap maksud nama kita tu, Mikayla: Pemberian Allah, Delisha: Gembira dan membuat orang lain gembira dan Hakim: Arif Bijaksana.


“Ingat nama kita dalam semua (pengikut di laman sosial),” tulisnya.


Selain itu, Norman juga telah membuka akaun laman sosial dengan nama @mikayladelishahakim.


“Ikuti akaun Instagram kita yang mummy dan papa buatkan kat @mikayladelishahakim, okey.


“Terima kasih. Sayang semua,” ujarnya.


Memey selamat melahirkan anak ketiga mereka secara normal dengan berat 3.35 kilogram kira-kira pukul 12.52 petang Khamis.


Pasangan itu sudah mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.


Menerusi perkahwinan terdahulu dengan aktres Abby Abadi, Norman memiliki tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.

 


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]