Sungai Kandis: Harapan putus guna logo PKR

in Politik by


BATU CAVES – Pakatan Harapan (Harapan) akan menggunakan logo PKR bagi menghadapi PRK Dun Sungai Kandis, 9 Ogos depan.


Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, keputusan tersebut diambil menerusi Mesyuarat Majlis Presiden sebelum ini dengan mengambil kira beberapa faktor dalam pemilihan tersebut.


“Walaupun logo Harapan telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), pemilihan logo PKR oleh Majlis Presiden sebelum ini adalah kerana ia lebih dikenali rakyat kawasan tersebut,” katanya.


Dalam PRU14 lalu, Harapan bertanding dengan hanya menggunakan logo PKR dengan memperoleh kemenangan besar khususnya di Selangor.


Sebelum ini juga, Timbalan Presiden Umno, Datuk Mohamad Hasan turut mencadangkan supaya Umno  menggunakan logo sendiri dalam PRK Dun Sungai Kandis bagi melihat penerimaan rakyat terhadap parti itu.


Mengulas mengenai perkembangan itu, Amirudin berkata, cadangan Mohamad tersebut sekali gus menunjukkan bahawa Umno kini sudah tidak relevan untuk diterima rakyat.


“Formula yang ditetapkan oleh Harapan lebih diterima. Kita berdepan dengan beberapa cabaran di saat menjadi pembangkang sebelum ini,”katanya.


#PRKDunSungaiKandis


Source: SH Politik

[featured-video-plus]