Arab Saudi tangkap Sheikh Al- Hawali

in Global by


RIYADH – ARAB SAUDI. Menurut sumber tidak rasmi, pihak berkuasa Arab Saudi telah menangkap cendekiawan Islam, yang dikaitkan dengan Pergerakan Sahwa (Gerakan Kesedaran), Sheikh Safar Al-Hawali, bersama dengan beberapa anaknya kerana mengkritik dasar keluarga pemerintah di negara ini.


Satu akaun Twitter yang dinamakan ‘Moatqali Al-Ray’ memuat naik¬† tweet mendakwa bahawa penangkapan Sheikh Al-Hawali, 68, dibuat beberapa hari selepas beliau menerbitkan buku berjudul Muslim dan Peradaban Barat di mana beliau mengkritik keluarga diraja Arab Saudi dan Putera Mahkota Abu Dhabi, Mohammed bin Zayed.


Moatqali Al-Ray turut mendakwa bahawa pasukan keselamatan menyerbu rumah Al-Hawali, menutup mata dan mengikat tangannya.


Anak lelakinya Ibrahim turut ditahan, selain merampas telefon bimbit dan peranti elektronik.


Buku baru diterbitkan Al-Hawali adalah penerbitan setebal 3,000 halaman di mana beliau menulis bahawa keluarga diraja telah membazirkan dana pada projek-projek palsu.


“Sheikh Al-Hawali mengkritik putera mahkota Mohammad Bin Salman dan hubungannya dengan Israel, menyebutnya sebagai pengkhianatan,” kata Moatqali Al-Ray.


Menurut media Arab, Al-Hawali memegang ijazah kedoktoran dalam agama dan kepercayaan.


Beliau dianggap sebagai ulama terpenting Pergerakan Sahwa pada 1980-an dan 1990-an, yang merupakan gerakan keagamaan terbesar di Arab Saudi.


Al-Hawali juga merupakan salah satu penentang kuat Amerika Syarikat (AS) dan Israel di rantau ini.


Pihak berkuasa memenjarakannya pada pertengahan 1990-an bersama sejumlah besar penyokong Pergerakan Sahwa kerana menentang kemasukan tentera AS ke Arab Saudi.


Sejak September tahun lalu, pihak berkuasa Arab Saudi telah melancarkan kempen penangkapan anti-Sahwa yang merangkumi ulama Islam Salman Al-Ouda, Awad Al-Qarni dan lain-lain.  РMiddle East Monitor


Source: SH Global

[featured-video-plus]