Empat maut nahas enam kenderaan

in Nasional by


SUNGAI BULOH – Empat disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di kilometer 446 Lebuhraya Plus menghala utara, di sini, hari ini.


Nahas melibatkan enam buah kenderaan Toyota Alphard, Vellfire, BMW, Nissan Almera dan Perodua Alza serta sebuah treler.


Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Rizal Buang, berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.02 tengah hari sebelum bergegas ke tempat kejadian.


“Empat orang meninggal dunia, seorang parah dan tiga lagi cedera ringan,”


“Individu yang maut melibatkan dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki, ” katanya.


Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Rawang dan BBP Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]