Novichok ditemui dalam botol

in Global by


LONDON – BRITAIN. Polis antikeganasan Britain, semalam memaklumkan mereka percaya telah menemui sumber agen saraf Novichok yang meragut nyawa seorang wanita di barat daya England selain menyebabkan pasangannya jatuh sakit dan kini semakin pulih di hospital.


“Kami menjumpai botol kecil ketika melakukan pemeriksaan di kediaman Charlie Rowley di Amesbury pada Rabu lalu. Saintis telah mengesahkan bahan terkandung dalam botol itu adalah Novichok,


“Lebih banyak ujian dijalankan untuk mengetahui sama ia adalah bahan sama yang meracun Skripal. Siasatan lanjut juga sedang dilakukan untuk mengetahui dari mana botol itu datang,” menurut kenyataan polis.


Minggu lalu, Dawn Sturgess, 44, dilaporkan meninggal dunia lebih seminggu selepas mangsa terdedah dengan Novichok berhampiran bandar Salisbury di mana agen Moscow, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia ditemui tidak sedarkan diri akibat agen saraf sama pada Mac lalu.


Sementara itu, Ketua Pengawasan Antikeganasan, Timbalan Pesuruhjaya, Neil Basu menyifatkan ia sebagai satu perkembangan positif, namun mereka tidak boleh memberi jaminan jika tiada lagi bahan sama.


Difahamkan, Britain telah menjemput pakar teknikal bebas dari badan pemerhati senjata kimia antarabangsa ke negara itu pada minggu depan untuk mengesahkan jenis agen saraf tersebut.


Dalam perkembangan berkaitan, inkues ke atas kematian Sturgess dijangka dibuka dan ditangguhkan di Salibury pada Khamis ini. РReuters 


Source: SH Global

[featured-video-plus]