Pak Harun dan isteri bakal dibantu

in Edisi Utara by


GURUN – Penderitaan hidup yang dialami sepasang suami isteri berstatus warga emas mendapat perhatian daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat, Jerai.


Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit berkata, pihaknya telah menziarahi Pak Harun atau nama sebenarnya Sharif Osman,69, dan isterinya, Ramlah Awang Kechil, 68, di kediaman mereka di Kampung Guar Nenas.


Katanya, keadaan rumah milik pasangan itu agak daif ditambah pula dengan ketiadaan bekalan elektrik.


“Kita akan cuba membantu pasangan ini, dan untuk permulaan Pemuda Pas akan mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran rumah,” katanya.


Difahamkan, isteri Pak Harun menghidap kanser payu dara dan pernah menjalani pembedahan.


“Atas sebab itulah dia tidak dapat melakukan kerja-kerja membersih dan mengemas di sekitar rumah,” katanya.


Pasangan ini juga difahamkan mempunyai dua anak namun kedua-dua mereka sudah berkahwin dan tinggal berasingan.


“Sekarang ini Pak Harun mendapat bantuan daripada zakat sebanyak RM500 sebulan dan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 setiap bulan,” katanya.


Menurut Sabri, Pak Harun juga ada memohon agar rumahnya dapat disiapkan kerana tidak sanggup tinggal di dalam pondok usang tanpa bekalan elektrik.


“InsyaALLAH rumah Pak Harun akan disiapkan dengan bantuan zakat dari daerah Kuala Muda,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]