Pengawal peribadi Osama disoal siasat

in Global by


TUNIS – TUNISIA. Pihak berkuasa Tunisia, semalam mengesahkan mereka telah menyoal siasat, Sami al-Aidoudi yang dipercayai pernah menjadi pengawal peribadi pemimpin al-Qaeda, Osama Laden selepas dia dihantar pulang oleh Jerman.


Jurucakap unit antikeganasan, Sufian al-Sulaiti berkata, proses deportasi Sami, 42, yang telah menetap selama 20 tahun di Jerman itu dibuat mengikut waran Interpol dikeluarkan Tunisia.


Jelasnya, Pendakwaan Umum Tunisia meluluskan unit siasatan jenayah keganasan menyoal siasat lelaki terbabit.


“Dia pernah menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan dipercayai terlibat dengan kegiatan ekstremis di Berlin,” ujarnya. – al-Arabiya


Source: SH Global

[featured-video-plus]