PKNP tambah derita Negeri Sembilan

in Sukan by


PKNP terus menjarakkan diri dari kelompok zon penyingkiran selepas menewaskan tercorot liga Negeri Sembilan, 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.


Bagaimanapun, skuad kendalian Abu Bakar Fadzim itu terpaksa menunggu hingga minit ke-64 bagi membuka jaringan menerusi Hafiz Ramdan.


Tersentak jaringan berkenaan, skuad Rusa mula mengasakĀ  ke gawang pelawat dan akhirnya penyerang import skuad Jang, Nicolas Velez menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-64.


Terikat 1-1, PKNP mula mengasak ke gawang lawan dan hasilnya, pemain import Korea Selatan, Kim Sangwoo meledak gol kedua pasukannya pada minit ke-79.


Biarpun Negeri Sembilan cuba bangkit pada penghujung perlawanan, namunĀ  sudah terlalu lewat untuk menyekat kemenangan pelawat.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]