Ardell terpaksa naik kerusi roda, bukan OKU

in Hiburan by

Ardell terpaksa naik kerusi roda, bukan OKU


PELAKON, Ardell berkata dia terpaksa menggunakan kerusi roda kerana keadaan yang tidak mengizinkan.


Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin menjelaskan perkara itu menerusi akaun Instagramnya selepas dibanjiri pelbagai pertanyaan daripada netizen.


Tambah Ardell, meski ramai yang menitipkan doa agar dia cepat sembuh, bagaimanapun hatinya terguris dek kerana soalan yang tidak sensitif.


“Assalamualaikum, terlalu ramai yang DM saya dan share dengan saya tentang manisnya bersabar serta doa dan ramai yang DM cadangkan tentang ubat-ubatan yang baik.


“Tak terlepas juga ramai yang pertanyakan soalan mengguris (bukan kerana saya tidak mahu menjawab) tapi apa jawapan yang saya ada pada anda?


“Cukup-cukup DM saya dan berkata tak sangka sekarang akak warga Orang Kurang Upaya (OKU) dan saya simpati pada awak Ardell.


“Tak apa jadi seorang OKU, tapi akak macam tidak kena dengan akak. Apapun saya doakan akak sihat,” kata Ardell jujur.


Jelas Ardell lagi, jika peminat dan netizen ikhlas mendoakan supaya dia cepat sihat, cukup sekadar mendoakan sahaja.


“Saya terpaksa berkerusi roda kerana keadaan yang tidak mengizinkan dan itu bukan kehendak saya,” ujarnya.


Pada masa yang sama Ardell turut mengajukan balik persoalan kepada netizen seandainya perkara itu terjadi kepada diri sendiri, adakah orang OKU atau orang yang sakit itu jijik di mata anda?


“Fikirkan jika kesulitan ini terjadi pada anda atau salah seorang keluarga atau kenalan anda.


“Jaga setiap kata yang anda nyatakan. Takut ada yang terguris dan takut ianya menjadi doa buat anda.


“Semoga kita dijauhkan dari penyakit yang sering manusia kalah iaitu fitnah hati,” tulisnya.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]