Biar Presiden Umno jelaskan: Mohamed Khaled

in Politik by


JOHOR BAHRU – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan tertinggi di atas pelantikannya sebagai Pengerusi Umno Perlis.


Menurutnya, beliau sedar pelantikannya mengundang banyak persoalan dalam kalangan pimpinan Umno Perlis, namun perkara itu diserahkan kepada presiden parti untuk menjelaskannya.


“Kepimpinan Umno telah memutuskan bahawa selepas ini saya akan menerajui Umno Perlis sebagai pengerusi negeri. Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Presiden Umno dan kepimpinan tertinggi atas amanah dan kepercayaan ini.


“Saya sedar pelantikan saya juga mengundang banyak persoalan dalam kalangan pimpinan Umno Perlis. Saya menyerahkannya kepada presiden untuk menjelaskan rasional pelantikan saya kepada pimpinan Umno negeri tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Mohamed Khaled berkata, beliau berharap pencerahan daripada presiden akan segera dapat dilakukan agar tidak tertangguh lagi usaha pembaharuan Umno pasca PRU14.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]