Datuk Mohamad Ariff speaker Dewan Rakyat: Tun M

in Nasional by


KUCHING – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.


“Kita telah memilih dan akan diumumkan segera beliau  seorang bekas hakim.


“Ya.. beliau ialah Datuk Mohamad Ariff Md Yusof,” katanya ringkas kepada pemberita disini, hari ini.


Terdahulu Dr Mahathir menghadiri taklimat tertutup pembangunan Sarawak yang turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan barisan Menteri-menteri Kabinet negeri. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]